sprm
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sembilan individu ditahan bagi membantu siasatan isu rasuah berhubung projek di Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) sejak 8 April lepas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan memaklumkan, siasatan itu merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.

Agensi penguatkuasaan undang-undang itu menjelaskan, seorang daripada sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan tersebut merupakan eksekutif muda di PCSB dan bukannya ketua pegawai eksekutif (CEO) seperti dakwaan segelintir pihak.

Manakala, lapan lagi individu yang turut ditahan merupakan pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut. – MalaysiaGazette