Shahbaz Sharif. foto Reuters

SLAMABAD – Parlimen Pakistan memilih ahli parlimen pembangkang Shahbaz Sharif sebagai perdana menteri baharu negara ini.

Shahbaz merupakan Perdana Menteri Ke-23 Pakistan juga adalah abang kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif adalah satu-satunya calon yang ada.

Shahbaz dipilih dengan 174 undi memihak kepadanya selepas lebih 100 penggubal undang-undang dari Pakistan Tehreek-e-Insaf atau Parti Keadilan Pakistan, bertindak keluar dari Dewan Negara sebagai protes.

”Mohammad Shahbaz Sharif diisytiharkan sebagai perdana menteri Republik Islam Pakistan,” umum pemangku Speaker, Asad Sadiq.

Bekas ketua pembangkang itu akan menjalankan tugas dengan majoriti kecil 174 ahli Parlimen, yang cukup untuk meluluskan undang-undang dalam 342 kerusi dewan.

Walau bagaimanapun, jika pengikut Imran Khan turun ke jalan seperti yang digembar-gemburkan, pastinya keadaan itu akan menimbulkan tekanan tambahan ke atas Parlimen dan melanjutkan krisis.

Khan yang memegang jawatan perdana menteri selama tiga tahun lapan bulan, digulingkan awal Ahad selepas kalah undi tidak percaya di Parlimen.

Diketepikan oleh sekutu partinya dan rakan gabungan utama, pembangkang menolak Khan dengan 174 undi – lebih dua undi daripada majoriti mudah yang diperlukan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast