Nahas di KM 128 Jalan Kuantan- Johor meragut tiga nyawa dalam kejadian petang tadi

KUANTAN – Tiga beranak bertemu ajal dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan- Johor Bahru di Rompin hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Negeri Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, ketiga-tiga sekeluarga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Bapa, ibu dan anak perempuan yang maut dalam kemalangan tersebut ialah Nur Rawiyah Abu Samah, 25 tahun; Abu Samah Mohamed, 74 tahun; Saripah Abd Malek, 59 tahun.

Menurut Kamarulzaman, siasatan awal mendapati van yang dalam perjalanan dari Leban Chondong ke arah Kuala Rompin.

“Van kurier tersebut telah hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu melanggar lori serta kereta yang dinaiki mangsa sekeluarga.

“Kejadian kemalangan jalan raya di KM128 Jalan Kuantan- Johor Bahru berlaku pada 1.30 petang tadi melibatkan lori, van dan kereta,” katanya ketika dihubungi.

Akibat nahas tersebut, pemandu lori mengalamai luka di tangan kanan dan sakit dada, pemandu van pula atah bahu  dan cedera dikedua kaki manakala bayi lelaki berusia setahun di dalam kereta Kancil dialporkan selamat dan stabil.

Hasil siasatan awal, mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu van kerana gagal mengawal kenderaan dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Jelas Kamarulzaman, kesemua jenazah dibawa ke Hospital Rompin dan proses bedah siasat dijalankan sejurus ujian calitan Covid-19 diperolehi.

Kamarulzaman berkata kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette