12 Malaysians who were tricked by job scam in Cambodia arrive safely at the Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) after they were rescued by the Cambodian Police and the Royal Malaysia Police (PDRM) through the INTERPOL, ASEANAPOL and the Ministry of Foreign Affairs. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 12 APRIL 2022. Cambodian scammers online gambling scam
Seramai 12 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas berjaya diselamatkan oleh pihak Polis Kemboja dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Antarbangsa (INTERPOL), Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) serta Kementerian Luar di Sepang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2022.

SEPANG – Seramai 12 daripada 16 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini hari ini.

Mereka dikatakan dipaksa bekerja dan dikurung oleh sindiket berkenaan sebelum ini.

Kemudian kesemua mereka dibawa keluar kira-kira pukul 9 pagi tadi dan diiringi Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Seramai 12 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas berjaya diselamatkan oleh pihak Polis Kemboja dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Antarbangsa (INTERPOL), Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) serta Kementerian Luar di Sepang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2022.

Kesemua mangsa lelaki kemudiannya dibawa ke ruang khas di lapangan terbang untuk berehat dan diambil keterangan oleh polis.

Bercakap kepada pemberita, Amran berkata, sepatutnya 16 orang dibawa pulang hari ini namun daripadanya termasuk seorang wanita telah disahkan positif Covid-19.

Sebahagian 12 orang warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas berjaya diselamatkan oleh pihak Polis Kemboja dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Antarbangsa (INTERPOL), Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) serta Kementerian Luar di Sepang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2022.

“Tiga lelaki dan seorang wanita itu sedang menjalani kuarantin kendiri di Phnom Penh untuk tujuh hari bermula semalam,” katanya.

Mengikut maklumat awal dari Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, pihak berkuasa negara berkenaan telah mendapatkan maklumat tentang penglibatan mereka dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Walaupun kerajaan Kemboja mendapati mereka telah menyalahi atau terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang  namun tindakan undang-undang pada masa ini diketepikan supaya kita dapat membawa balik rakyat kita yang terkandas di negara tersebut,” katanya.

Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin.  Foto HAZROL ZAINAL, 12 APRIL 2022.

Malah tambah Amran, Kementerian Luar melalui kedutaan di negara itu juga telah berkerjasama rapat dengan Kementerian Luar Negeri Kemboja dan pihak berkuasa keselamatan di Kemboja untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

Kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diadakan termasuk Kemboja terutamanya menerusi Aseanapol yang berpusat di Kuala Lumpur.

“Empat lagi yang sedang menjalani kuarantin bermula semalam akan dibawa pulang sekiranya disaring negatif selepas tempoh kuarantin pada Ahad ini sementara kedutaan kita di Phnom Penh sedang memantau keadaan mereka,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama Amran juga menegaskan kerajaan Kemboja telah mengharamkan secara spesifik aktiviti perjudian dan penipuan dalam talian bermula 1 Januari 2020 di negara tersebut.

Justeru, pihak berkuasa polis Kemboja menjalankan operasi membanteras jenayah berkenaan secara besar-besaran bermula tarikh penguatkuasaan undang-undang tersebut.

“Dalam satu operasi, seramai 16 warganegara kita telah ditahan di Kemboja pada 4 April lalu atas kesalahan terlibat dalam aktiviti penipuan perjudian dalam talian sebelum mereka dipindahkan ke Pnomh Penh pada 7 April lalu untuk tindakan susulan.

“Daripada saat itu kita sejurus menerima maklumat telah meneruskan kerjasama menerusi kedutaan kita di Pnomh Penh untuk terus menantikan kepulangan mereka,” ujarnya.

Tegas Amran, Wisma Putra kini beri perhatian serius kepada kebajikan dan bantuan konsulat di luar negara membabitkan rakyat Malaysia.

Menurutnya, banyak kes sedemikian dilaporkan berlaku disebabkan kurang perhatian mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui platform media sosial.

“Kementerian dalam konteks ini sentiasa memberi peringatan agar mana-mana warga kita yang berminat untuk mendapatkan kerja di luar negara jika ada sebarang kemusykilan boleh menyemak dengan kedutaan di luar negara,” tegasnya.-MalaysiaGazette