Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim disindir kerana mahu segera berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Sapura Energy.

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil berkata, pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu perlulah bersabar kerana di bulan Ramadan ini orang mahu menumpukan kepada ibadat, bukan berdebat.

”Kita tiada masalah kalau Anwar nak berdebat malam ini sekali pun, tetapi hormatilah orang-orang yang berpuasa dan bersolat terawikh beberapa minggu ini sahaja pun.

”Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas Terawikh dan habis tengah-tengah malam? Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati.

”Janganlah tak menyempat-nyempat, Anwar. Taulah awak baru menang presiden tanpa bertanding. Kurangkan berkepak bulan Ramadan ini,” katanya yang memberi respons terhadap kenyataan Fahmi Fadzil yang bertindak sebagai penyelaras debat itu.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan bahawa Anwar bersedia berdebat namun Najib meminta ia diadakan selepas Aidilfitri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bukan lah Anwar nak debat pun bulan puasa ni. Anak buah dia je sengaja buat sibuk nak panaskan isu katak di parlimen tu je.

Comments are closed.