Home Nasional Kereta api terlanggar Axia di Pelabuhan Johor

Kereta api terlanggar Axia di Pelabuhan Johor

JOHOR BAHRU – Sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada pukul 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

“Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular video berdurasi 40 saat di Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Axia bergerak ke arah pintu besar pelabuhan berkenaan dan kemudiannya dilanggar kereta api. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast