Rohana Rozhan Tim Leissner 1MDB scandal US$10 million home
Rohana Rozhan. foto CNN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd Datuk Rohana Rozhan berhubung US$10 juta yang didakwa diberikan bekas pegawai Goldman Sachs Tim Leissner.

Dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Amerika Syarikat, Leissner berkata dia memberi Rohana US$10 juta dan wanita itu membeli rumah di London.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Timbalan Pesuruhjaya Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata siasatan kes berkaitan Rohana masih lagi dijalankan.

“Proses penyiasatan masih lagi dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai diminta jangan membuat spekulasi tentang kes tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan Rohana bersetuju secara prinsip untuk memulangkan semula wang dan aset US$10 juta yang diberikan Leissner.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan siasatan terhadap bekas eksekutif kanan itu serta aset yang diberikan kepadanya sedang dijalankan oleh SPRM.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.