Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR – Cukup-cukuplah Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia menghisap darah rakyat, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu mahu Kementerian Pengangkutan segera campur tangan dan menangani isu harga tambang penerbangan yang tinggi dengan segera.

Menurutnya, penduduk Sabah mengadu dan mengeluh dengan kenaikan harga tambang penerbangan.

Kata beliau, bayangkan tiket ekonomi sahaja untuk sehala ke Sabah sudah mencecah RM2,800 dan ada juga harga sehinggah RM3,600.

”Perkara sebagini tidak seharusnya berlaku. MAS serta AirAsia jangan sekali-kali mengaut keuntungan dengan menghisap darah penumpang!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Apatah lagi, ujar beliau, dalam beberapa minggu lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang mana sudah tentu yang berada di Kuala Lumpur akan balik ke Sabah.

Tetapi ramai yang telah membatalkan hasrat mereka kerana tidak berkemampuan.

Bung Moktar turut mengkritik tindakan AirAsia meletakan syarat kepada semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin yang disediakan dan mana-mana penumpang yang daftar masuk melalui kaunter akan dikenakan bayaran RM100

”AirAsia kena faham di Sabah masih ramai yangg tidak memiliki telefon pintar dan pakcik makcik dari kampung masih tidak faham check-in (daftar masuk) melalui mesin yang disediakan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast