Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2021 (TT 2021) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan secara manual ialah pada 30 April depan manakala menerusi e-Filling pada 15 Mei.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut menyarankan pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.

“Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada),” demikian menurut kenyataan itu.

Program Pemfailan Borang Nyata Cukai bagi 2022 boleh dicapai dan dimuat turun menerusi pautan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_1.pdf bagi Bahasa Melayu dan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2022_2.pdf (Bahasa Inggeris).

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada LHDN sama ada menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat ataupun melayari portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Sehingga 31 Mac 2022, jumlah keseluruhan penerimaan Borang Nyata Cukai TT 2021 secara e-Filing dan manual bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan ialah sebanyak 1,163,444. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast