KUALA LUMPUR – Syarikat konfeksi gergasi Itali, Ferrero akan menghentikan sumber minyak sawit daripada Sime Darby Plantation Bhd selepas Amerika Syarikat (AS) mendapati penanaman di Malaysia menggunakan buruh paksa.

Amalan buruh di seluruh negara Asia Tenggara telah mendapat perhatian dalam tempoh dua tahun lalu dengan enam syarikat termasuk Sime Darby diharamkan oleh kastam AS atas dakwaan menggunakan buruh paksa.

Minyak sawit adalah ramuan utama dalam coklat Ferrero Rocher dan taburan Nutella.

“Pada 6 April, kami meminta semua pembekal langsung kami menghentikan pembekalan Ferrero dengan minyak sawit dan minyak isirong sawit yang diperoleh secara tidak langsung daripada Sime Darby sehingga diberitahu kelak.

“Ferrero akan mematuhi keputusan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS,” katanya menerusi emel kepada Reuters.

Walaupun Ferrero membeli sedikit minyak boleh dimakan daripada Sime Darby, namun keputusannya boleh menjejaskan kedudukan Sime Darby sebagai peneraju minyak sawit yang dihasilkan secara mampan.

Ia susulan tindakan sama diambil oleh Cargill Inc, Hershey Co. dan General Mills Inc.

Sime Darby memberitahu Reuters bahawa ia telah mengambil langkah dalam aspek hak asasi manusia dan semua pemegang kepentingannya komited terhadap kemampanan dengan komitmen dan kepimpinannya dalam industri dan Ferrero bukan pelanggan, tambahnya.

“Kami juga sentiasa berkomunikasi dengan semua pemegang kepentingan utama, terutamanya pelanggan yang mempunyai komitmen mereka sendiri,” katanya.

Menjawab pertanyaan Reuters minggu lalu, Ferero akuiĀ  telah meminta pembekalnya berhenti membeli daripada Sime Darby, yang dikatakan membekalkan 0.25% daripada jumlah keseluruhan keperluan minyak sawitnya.

Ferrero berkata, produk dan jenamanya di AS telah berhenti mendapatkan sumber daripada Sime Darby pada Januari 2021. – Reuters