Gambar hiasan.

HANOI – – Polis wilayah Lai Chau di utara Vietnam telah menahan seorang penyeludup dadah dan merampas 19 kilogram heroin, lapor Agensi Berita Vietnam.

Suspek berusia 29 tahun yang berasal dari wilayah utara Dien Bien, telah ditangkap semasa membawa dadah itu di Nam Nhun, di daerah Lai Chau kelmarin.

Siasatan terhadap kes tersebut sedang dijalankan.

Jabatan Polis Siasatan Jenayah Berkaitan Dadah Lai Chau berkata, pihaknya telah menahan seramai lapan penyeludup dan merampas 73 kilogram heroin setakat tahun ini.

Mengikut undang-undang Vietnam, mereka yang didapati bersalah menyeludup lebih 600 gram heroin atau lebih daripada 2.5 kg methamphetamine boleh dihukum mati.

Membuat atau memperdagangkan 100 gram heroin atau 300 gram dadah lain turut berdepan dengan hukuman sama. – Xinhua (https://english.news.cn/asiapacific/20220415/130c2d295fdc48ddb829020bc9b5c9e9/c.html)