Faiz Nasir.

KUALA LUMPUR – Terengganu FC (TFC) dikejutkan dengan berita sedih apabila apabila salah seorang pemain mereka, Faiz Nasir dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran kesesakan nafas.

Perkara itu dikongsikan oleh adik Faiz menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya dan isteri pemain berusia 29 tahun itu turut berkongsi berita sama.

Faiz dikatakan mengalami sesak nafas sejak semalam di mana kemungkinan berpunca akibat daripada keracunan makanan yang dialami sebelum ini.

Bekas pemain Selangor itu masih belum membuat sebarang penampilan bersama TFC dalam saingan Liga Super.

Kelab dari Pantai Timur itu mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Petaling Jaya City dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Bekas pemain tengah kebangsaan itu kembali memperkuat skuad TFC pada musim 2020.

Pemain lincah itu pernah membantu skuad Penyu mara ke pentas final Piala Malaysia 2018 selain menjadi `permata’ bernilai buat pasukan di bawah kendalian bekas pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim. – MalaysiaGazette