Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,673 kes positif baharu Covid-19  direkodkan semalam dan ia berkurang 740 berbanding hari sebelumnya.

Ini menjadikan kes kumulatif terkini adalah 4,372,697 kes kumulatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada bilangan terkini berkenaan, 48 kes adalah Kategori 3, 4, dan 5.

Kategori 1: 5,394 kes (55.76%) dan Kategori 2: 4,231 kes (43.74%).

Selain itu katanya lagi, 152 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 87 kes (40 kes
disahkan Covid-19; 47 kes disyaki, kemungkinan, dan kes
dalam siasatan),” tambahnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kes sembuh dilihat mengatasi kes positif.

Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 14,267 kes sembuh dilaporkan semalam.

Dalam pada itu, beliau menambah, sebanyak 16 kematian yang diakibatkan jangkitan Covid-19 pada Jumaat. – MalaysiaGazette