Suraya Abdul Karim menunjukkan replika cek berjumlah RM 3,000 yang diterimanya pada majlis penyerahan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) pada Ahad

BERA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya Tekun Nasional telah menyalurkan kepada 5,218 usahawan di negeri ini sebagai inisiatif Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM).

Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar berkata, geran sebanyak RM3,000 itu bagi meringankan beban usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat bencana banjir.

Sehingga kini lebih 13,000 permohonan daripada usahawan mikro, kecil dan sederhana telah diterima serta diluluskan dan sebanyak 2,000 lagi masih dalam proses kelulusan.

“Peruntukan sebanyak RM50 juta dan seramai 5,218 permohanan uasahwan di Pahang yang terkesan banjir diluluskan bernilai RM15.6 juta,” katanya ketika berucap hari ini di Bera.

lebih daripada 400 penerima Bantuan Banjir Keluarga Malaysia menerima RM3,000 seorang hari ini

Sejumlah 224 usahawan Tekun Nasional manakala 199 usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima geran pada majlis penyerahan tersebut.

Dalam pada itu, Musfirah Muhammad, 34 tahun, usahawan kraf senjata  sudah lima tahun menjadi ahli Tekun  Nasional antara penerima BBKM hari ini.

Musfirah membuat alatan senjata seperti parang, pisau dan senjata lain menjadi mangsa banjir apabila bengkel dan rumahnya tenggelam lebih 1.5 meter pada awal tahun lalu.

“Banjir tempoh hari memusnahkan keseluruhan. Ada barangan yang rosak dan dihanyutkan. Kini sudah mula berniaga balik dan boleh beli peralatan baru dengan  bantuan ini. Syukur, RM3,000 memaag banyak dan tak perlu bayar balik.

“Terima kasih kepad perdana menteri yang prihatin dengan peniaga kecil seperti kami yang perlu bina semula perniagaan selepas musibah banjir,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Sementara itu, Suraya Abdul Karim yang merupakan usahawan Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar menzahirkan kesyukuran atas inisiatif kerajaan menyalurkan geran bantuan secara percuma.

“Bantuan yang dapat ini boleh beli kerusi dan meja makan baru di restoran di Kuala Triang yang dua kali tenggelam banjir tempoh hari.

“Sya berterima kasih kepada kerajaan kerajaan selain bantuan ini, Tekun membenarkan penangguhan bayaran selama enam bulan, manakala AIM beri bantuan RM200 kepada mangsa banjir,” katanya

Beliau yang menjadi usahawan kedai makan sejak 2007 dengan mendapat pembiayaan daripada Amanah Ikhtiar sehingga (AIM) dan Tekun Nasional.- MalaysiaGazette