MELAKA – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mengungguli Malaysia Technology Expo (MTE) Virtual 2022 dengan merangkul 15 pingat keseluruhan dan satu anugerah khas.

MTE 2022 Virtual menyaksikan kumpulan pencipta inovasi dari seluruh dunia mengenengahkan hasil ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global dengan lebih 700 penyertaan dari 18 buah negara telah berlangsung secara dalam talian
pada 21 hingga 25 Mac lalu.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Prof Ir Dr Ghazali menyatakan UTeM memenangi anugerah khas menerusi produk Hygienic Portable Female Urinal Device (HPFUD) yang diketuai Profesor Ir. Dr. Hambali Arep@Ariff yang memenangi Anugerah MTE 2022 Outstanding Innovation Award dan produk ini turut berjaya merangkul pingat emas.

Katanya, enam lagi pingat emas yang telah dimenangi UTeM adalah menerusi produk Smart Sit-Stand Exoskeleton diketuai Dr. Isa Halim dan High-Q Microwave Resonator Sensor for Material Characterization diketuai Dr. Maizatul Alice Meor Said.

”Solar-Based Melaka River Cruise diketuai Atikah Razi dan Optimization Tools of Refresh Rate Towards Dust Exposure of PA12 SLS Handling Process (Op-Refresh) diketuai Dr. Amir Abdullah Muhamad Damanhuri.

”Dua produk lagi adalah AI Smart Learning diketuai Dr. Haslinah Mohd Nasir dan Diabetic Retinopathy Consultation System (DRCS) diketuai Dr. Sarni Suhaila Rahim,” ujarnya.

Enam pingat perak dimenangi menerusi produk Intelligent PD Antenna With Integration of Noise Suppression Patches in Combination With Hybrid PD SOM And Statistical Extraction Features Classification for Power Transformer, Enaupolyla:
Eco-Filament Of Fused Deposition Modeling, Soap -Waste Cooking Oil Based (SWOB), Smart Filtration Box For Waste Cooking Oil, Cool Sound: Cooling Technology Without Refrigerants dan Oleophilic Polymer Waste – Oil Solidifier
(OPWOS).

Sementara itu 2 pingat gangsa pula telah dimenangi menerusi produk Prosaver (Proxy-Based Space Saving) dan 4 Axis Microplasma 3D Metal Printer / Metal Additive Manufacturing.

MTE 2022 Virtual itu merupakan anjuran PROTEMP Exhibition and Conferences dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa kementerian berkaitan. – MalaysiaGazette