Tunku Ismail Sultan Ibrahim Regent of Johor HSI Sultan ismail hospital pregnant woman give birth alone Crown Prince of Johor Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguam-peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) kes penderaan remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Katanya, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung tawaran tersebut yang akan membolehkan barisan peguamnya menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berkenaan.

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.

Menurut Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Awal hari ini Che’ Puan Khaleeda Bustamam iaitu isteri kepada Tunku Ismail dalam Instagram beliau berjanji berjanji akan mendapatkan keadilan buat Bella.

Artikel berkaitan:

“Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella. Saya jelik dengan pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh menyorok di sebaik barisan peguam kamu tetapi karma akhirnya akan datang kepada kamu di dunia dan akhirat.

“Awak pasti akan menjadi contoh pengecut di luar sana,” katanya. – MalaysiaGazette