MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat telah menahan seorang pemilik syarikat pembinaan  dan seorang pengurus besar sebuah syarikat pangkalan pelabuhan bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan kes mengemukakan tuntutan palsu dianggarkan berjumlah hampir berjumlah RM150,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 30 dan  39 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira pada jam 6 petang dan 8.30 malam semalam semasa hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan tersebut telah meluluskan tiga tuntutan pembekalan dan pemasangan kabin daripada syarikat pembinaan berkenaan sedangkan ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan dua lelaki iaitu pemilik syarikat pembinaan dan pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu yang dianggarkan berjumlah hampir RM150,000.

Menurut sumber, pemilik syarikat pembinaan berusia 30 itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber itu berkata, pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan yang berusia 39 tahun itu pula ditahan kira-kira 8.30 malam di lokasi sama..

Difahamkan, pada tahun lalu, pengurus besar terbabit telah meluluskan tiga tuntutan pembekalan dan pemasangan kabin daripada pemilik syarikat pembinaan berkenaan sedangkan ia tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.-MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast