528 Rohingya ethnic detainees broke out from the Relau Temporary Immigration Detention Depot in Sungai Bakap after a riot today.

BANDAR BAHARU – Usaha mengesan 130 tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Tahanan Imigresen Sungai Bakap di Relau di sini, semalam masih giat dijalankan.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, 130 tahanan bebas itu membabitkan 99 lelaki, 21 wanita serta masing-masing lima kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Setakat ini, jumlah keseluruhan tahanan Rohingya yang berjaya ditahan semula seramai 398.

Wan Hassan.

“Mereka terdiri daripada 192 lelaki, wanita (75), kanak-kanak lelaki (63) dan kanak-kanak perempuan (60), katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, usaha mengesan 130 tahanan terbabit diteruskan hari ini, dengan tambahan bantuan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan (K-9).

“Operasi mengesan tahanan lolos ini dilakukan membabitkan tiga kontinjen Polis iaitu Kedah, Pulau Pinang serta Perak.

“Selain pihak polis, imigresen turut terlibat dalam operasi tersebut,” jelas beliau.

MalaysiaGazette semalam melaporkan, seramai 528 etnik Rohingya merusuh sebelum melarikan diri dari Depot Imigresen Sungai Bakap di Relau pada jam 4.30 pagi.

Bagaimanapun, enam daripada tahanan tersebut maut selepas dirempuh kenderaan ketika cuba melintas di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, berhampiran Jawi. – MalaysiaGazette