Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Nordin Pauzi. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Hanya 20 peratus pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dibenarkan bercuti pada musim Hari Raya Aidilfitri ini, kata Pengarahnya, Nordin Pauzi.

Beliau berkata, setiap pegawai dan anggota jabatan itu hanya berpeluang sekali cuti dalam tempoh lima tahun untuk menyambut perayaan berkenaan.

“Cuba bayangkan setiap anggota yang menyambut perayaan ini hanya berpeluang bersama keluarga sekali sahaja sepanjang lima tahun kerana mereka perlu bersedia di balai bomba atau lokasi kawasan jagaan.

“Sepanjang musim perayaan ini juga anggota akan mengadakan rondaan menggunakan jentera pasukan di lokasi tertentu,” katanya selepas melancarkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran dan pemeriksaan bangunan sempena Hari Raya Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Mengenai pemeriksaan keselamatan kebakaran premis dan bangunan, Nordin berkata, sebanyak 1,014 premis di ibu  kota diperiksa tahun lepas dan sebanyak 511 premis telah mendapat Sijil Perakuan Bomba. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast