MGNews: MARA Corp Dan RCB Turun Padang Agih Bubur Lambuk

Kemeriahan aktiviti pemberian bubur lambuk di kawasan sekitar Sungai Besi di sini bersambung setelah hampir dua tahun terhenti ekoran penularan Covid-19.

Hari ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui MARA Coorporation Berhad (MARA Corp) dan syarikat subsidiari MARA, Rural Capital Berhad (RCB) bersama MalaysiaGazette turun padang mengagihkan kira-kira 500 bekas bubur lambuk kepada masyarakat di sini petang tadi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi RCB, Razali Hassan, selain mereka yang memerlukan, pihaknya juga mensasarkan pengagihan kepada petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bomba dan Penyelamat Malaysia di Sungai Besi.