Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai pelarian etnik Rohingya dan kejadian melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap baru-baru ini, sangat mengecewakan.

Aktivis politik, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan, jika pelarian itu dikurung lebih dua tahun dan diberi layanan baik, kenapa mereka merusuh serta melarikan diri.

“Saya lihat dan dengar reaksi menteri berhubung kejadian ini, nampak sangat sikap beliau pada saya kurang memuaskan, malah mengecewakan.

“Dia seolah mengambil pendirian dan pendekatan semuanya okey. Dia kata kita layan orang Rohingya dengan baik, kalau tak baik kenapa mereka datang sini?

“Dia kata lagi, pelarian ini terpaksa disimpan dalam depot sebab mereka tidak diterima balik oleh negara mereka, Myanmar,” katanya menerusi hantara Facebooknya, hari ini.

Menurut Zaid, masalah pelarian Rohingya ini bukan baharu, Kerajaan Malaysia berdepan isu ini sejak berpuluh tahun lalu lagi, termasuk tragedi di Wang Kelian pada 2015.

Katanya, dalam kejadian itu, pasukan keselamatan Malaysia menemui beratus kubur dan mangsa, kebanyakannya pelarian Rohingya dibunuh serta dikebumikan beramai-ramai.

“Apabila kita menjadi menteri, kita mestilah ada perancangan dan usaha. Saya tahu perkara ini rumit, tetapi kita tidak boleh kata, kalau kita jaga mereka dengan baik nanti, maka ramai lagi akan datang.

“Mereka ini perlu diterima sebagai pelarian, orang yang diseksa oleh kerajaan mereka sendiri, malah Myanmar tidak iktiraf pun etnik ini sebagai rakyat mereka.

“Menteri berilah fokus seperti bincang dengan pegawai, NGO dan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) apa perancangan kita untuk bantu golongan ini,” katanya.

Zaid turut mencadangkan kerajaan mengambil etnik Rohingya itu sebagai tenaga kerja bagi mengisi sektor yang sesuai dengan kemahiran mereka.

Katanya, kerajaan tidak boleh humban mereka dalam depot bertahun-tahun dengan alasan Myanmar tidak terimanya sebagai rakyat negara itu.

“Kita dah tahu sejarah Myanmar, kenapa kita masih anggap Myanmar akan terima balik etnik ini? Tak masuk akal langsung.

“Seeloknya kita carilah penyelesaian, cuba tolong dan bantu beri mereka kerja. Jangan kita fikir, kalau kita ambil mereka sebagai sumber tenaga kerja, nanti ramai lagi datang ke Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Sejarah politikus Pak Pandir kemaruk undi migran asing timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris sehingga tanah rizab Melayu kini tinggal hanya 12% setelah diduduki oleh migran asing timah dan getah walaupun Singapore, Xinjiang, dan Kashmir pun mereka kebas berbanding tanah Palestine tinggal sekurang-kurangnya 30% setelah diduduki oleh migran asing Yahudi. Nanti kelak kemaruk pula undi migran pelarian yang dah dok sini lama di tanah sekangkang kera ini. Tengok Qatar, UAE, dan Kuwait menjamin hak asasi kemanusiaan warganegara migran sehingga cucu-cicit adalah daripada negara-negara asal migran masing-masing demi memperkayakan political economy pribumi mereka sambil selesaikan masalah ketegangan perkauman dengan lebih berkesan lagi pragmatic. Ambillah ikhtibar. USA pun sokong sediakan pesawat Google: Dominican Republic stripped citizenship

Comments are closed.