Barisan kakitangan MAFI yang terlibat memasak dan mengagihkan bubur lambuk dalam Program Agihan Bubur Lambuk dianjurkan Kelab MAFI dan Puspanita baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Program Agihan Bubur Lambuk merupakan suatu program amalan tradisi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Program ini tidak pernah dilupakan kerana bubur lambuk adalah hidangan simbolik pada bulan Ramadan di Malaysia ia merupakan juadah seimbang untuk berbuka puasa.

Setiap tahun, MAFI cuba untuk mengekalkan tradisi ini dan tahun ini Program Agihan Bubur Lambuk dianjurkan Kelab MAFI dan Puspanita dengan kerjasama Agrobank dan CommerceDotCom baru-baru ini.

Program tahunan MAFI ini juga merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian.

Pada program itu, sebanyak 1,500 bekas bubur lambuk telah sedia untuk diagihkan kepada warga kementerian ini. – MalaysiaGazette