Cristiano Ronaldo. (kanan). Foto TalkSports

LONDON – Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-100 dirinya biarpun Manchester United tewas 3-1 kepada Arsenal di Stadium Emirates, malam tadi.

Tuan rumah di depan hasil jaringan jaringan Nuno Tavares dan Bukayo Sakasebelum Ronaldo merapatkan jurang untuk kembali merancakkan permainan.

Ronaldo menjadi pemain ke-33 mencapai kejayaan itu dan dia tidak beraksi ketika United dibelasah Liverpool di Anfield kerana masih berkabung di atas kematian anak lelakinya yang baru lahir.

Ronaldo kini sudah meledak 100 gol atau lebih di empat entiti berbeza – 311 di La Liga, 140 di Liga Juara-Juara, 115 untuk Portugal dan terbaru 100 gol untuk United.

“100 gol Liga Perdana Inggeris untuk Cristiano (Ronaldo). Melakar pencapaian ini selepas minggu yang menyedihkan membuktikan kekuatan mental dan keazamannya. Menakjubkan,” kata legenda England Gary Lineker. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast