Majlis Tajaan Iftar Anak Yatim dan Asnaf Bersama Supercube berlangsung di Grand Oasis Hall, Sri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Supercube menceriakan Ramadan ini dengan meraikan golongan anak yatim dan asnaf termasuk memberikan sumbangan berbentuk duit raya.

Pengasasnya, Hayfa Amira Ahmad Kamal,35, berkata seramai 200 orang anak yatim diraikan atas rasa keprihatinan dan berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak bernasib baik.

“Sebenarnya, Supercube ini mengajar usahawan untuk berniaga. Namun saya tak nak ajar mereka berniaga sahaja tapi mereka kena fikir apa yang mereka perlu lakukan daripada hasil perniagaan mereka.

“Kiranya kali ini mereka berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. Jadi, kami anjurkan majlis ini untuk memberi peluang kepada usahawan-usahawan Supercube memberi semula kepada masyarakat dengan menaja majlis iftar dan memberi duit raya.

“Ini memang idea Supercube sendiri untuk anjurkan majlis ini. Memang menjadi kebiasaan, kalau kami buat acara penglibatan leader dan ejen kami tak lupa untuk sama-sama berkongsi rezeki.

“Apa yang saya puji, mereka berpakat sesama sendiri untuk penajaan ini. Boleh dikatakan lebih RM10,000 tajaan iftar dan duit raya yang diberikan untuk majlis ini,” katanya.

Hayfa Amira berkata demikian pada Majlis Tajaan Iftar Anak Yatim dan Asnaf Bersama Supercube di Grand Oasis Hall, Sri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Hayfa Amir Ahmad Kamal.

Menurut Hayfa lagi, tujuan majlis inj juga adalah untuk memperkenalkan lagi produk Supercube ini kepada masyarakat terutamanya mereka yang ingin menjana pendapatan.

Supercube yang mempunyai lebih 26,000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal.

“Tahun ini kami sasar untuk mencari lebih 20.000 usahawan lagi. Dalam setahun lebih ini, produk Supercube ini sudah terbukti keberkesanannya dan disebabkan itu kami boleh membangun dengan pantas.

“Jadi kita perlukan ejen yang lebih ramai untuk berkongsi manfaat ini. Malaysia ni besar termasuk di luar bandar, masih banyak ruang untuk kita sebarkan manfaatnya.

“Apa yang istimewa, bersama Supercube adalah berniaga tanpa modal. Semua tanpa modal tapi ada tahap-tahapnya. Ia mengikut kemampuan Jualan kita.

“Setakat ini kami sudah lahirkan 15 jutawan. Sehingga sekarang pun mereka berniaga tanpa modal. Ada yang sepenuh masa dan separuh masa.

“Kami punya cara, ejen tak perlu pegang stok. Jadi orang yang bekerja tak ada masalah untuk berniaga.

“Ini kerana, sistem kami ringkas sahaja, Asalkan ada telefon dan boleh hantar order. Hal-hal berkaitan penghantaran kami uruskan,” jelasnya lagi.

Selain mempunyai tujuh jenis produk, Hayfa juga sentiasa memperkenalkan produk baharu agar masyarakat berpeluang menjana pendapatan.

“Apabila nak bagi peluang orang berniaga, kita kena ada banyak variasi produk kerana tak semua orang boleh jual satu-satu produk. Ini bergantung kepada siapa kawan-kawan atau orang di sekelilingnya.

“Ada orang lebih senang jual air. Mungkin ada yang sekeliling mereka lebih suka produk jenis makanan.

“Apa-apa pun kami tak boleh nak keluarkan produk sesuka hati saja. Sudah tentu kami akan jalankan research and development (R&D) kerana mahukan kualiti.

“Bila produk berkualiti dan berkesan, barulah ramai repeat order. Ejen pun happy. Tak adalah rasa penat nak cari pelanggan baharu saja,” ujarnya lagi.

Supercube memiliki lebih 26,000 ejen ini berkonsepkan perniagaan yang dijalankan tanpa modal.

Hayfa Amira memberitahu Supercube telah menunjukkan prestasi yang baik meskipun negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

“Produk Supercube dilancarkan pada Disember 2020. Sebenarnya setahun sebelum itu saya dah jual secara kecil-kecilan.

“Apabila ada permintaan ramai, saja buat packaging yang lebih cantik. Selepas itu, sistem yang kami gunakan pun lebih proper.

“Mengikut data, hasil jualan adalah hampir RM2 juta untuk sebulan.

“Sebenarnya sasaran kami adalah RM4 juta sebulan tapi disebabkan pandemik Covid-19, sasaran tersebut tak dapat dicapai. Ketika itu kilang tidak dapat nak keluarkan banyak produk. Namun, kami nampak produk ini boleh pergi lebih jauh.

“Mengikut data tahun 2021, jualan kami adalah RM 20.5 juta setahun di mana 60 peratus daripada Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Kami harap masyarakat di luar dua lokasi ini tidak melepaskan peluang yang bermanfaat ini,” katanya.

Sementara kitu, antara produk yang dikeluarkan oleh Supercube adalah Supercube Molasses Drink, Soothe Mist, Superbytes dan banyak lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast