Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR  – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjalinkan kerjasama bersama gergasi Serie A, Juventus yang bakal memperkasa pembangunan akar umbi dan belia bagi bola sepak negara.

“Juventus berminat dan meninjau peluang untuk bangunkan program pertandingan bola sepak di peringkat remaja. Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia.

“Dengan reputasi sebagai gergasi Itali, Juventus berhasrat berkongsi kepakaran mereka dengan Malaysia. Mereka juga bercadang beraksi dalam perlawanan pertunjukan di negara kita dalam tempoh di antara Disember 2022 dan Julai 2023.

Dalam kunjungan hormat itu, delegasi Juventus diwakili Pengarah Urusannya, Federico Palomba dan Pengurus Jualan Kerjasama, Kelvin Leung.

“Pemain kanak-kanak di peringkat akar umbi berpeluang menguji kemampuan masing-masing dengan turut serta dalam saingan Akademi Piala Dunia Juventus.

“Apa yang saya lihat menerusi perbincangan awal ini, potensi jalinan kerjasama antara Juventus dan FAM mampu mendedahkan bakat tempatan kepada corak latihan sebuah kelab gergasi Eropah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast