Wan Mohd Zahari Wan Busu Kuantan asnaf orphanage strangled to death
Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung di atas Jambatan Sungai Riau di Jalan Kuantan-Sungai Lembing hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua pemuda tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Mangsa pertama dikenali Mohd Alif Haikal Ahamad, 29, beralamat di Bukit Kuin manakala mangsa kedua, Wan Amirul Ashraf Wan Zailani, 20, dari Bukit Goh.

Siasatan awal, kejadian berlaku apabila Mohd Alif yang datang dari arah Sungai Lembing menghala ke arah Kuantan dipercayai bertembung dari arah hadapan dengan Wan Amirul yang telah masuk ke laluan bertentangan dari arah Kuantan.

Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa  meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan saman Cops mendapati tiada rekod saman oleh kedua-kedua mangsa.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan proses bedah siasat dijalankan sejurus ujian calitan Covid-19 diperolehi.

Kes  disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette