Batliyah Din merindukan kakak kandungnya, Che Putih Din

KUANTAN – Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Itu adalah naratif takdir Allah yang mendorong pertemuan seorang wanita dengan wartawan MalaysiaGazette tiga minggu lalu.

Hari ini hasrat yang diluahkan dalam pertemuan itu dijawab Tuhan. Kakak kandung yang dicari Batliyah Din sejak 47 tahun lalu telah berjaya dijejaki petang 24 Ramadan.

Ketika menghubungi MalaysiaGazette mengkhabarkan berita gembira itu, suara Batliyah bergetar menahan esak tangis sambil berkongsi pengalaman ‘bertemu’ kakaknya Che Putih Din biar pun sekadar mendengar suara.

Di sebalik kegembiraan yang tidak terucap terselit sedikit rasa duka apabila dia dimaklumkan kakaknya yang mesra disapa Kak Teh kini mengidap kanser tahap dua.

“Makcik berberjaya menghubungi kakak makcik kini ada di Sungai Nibong, Pulau Pinang hari ini, namun rasa sedih kerana kakak makcik sakit kanser tahap dua.

“Nama betul, kisah semua adik beradik semua tahu jadi terus dapat menghubungi, selama 47 tahun ini rupanya di kawasan itu sahaja.

“Seronok sangat nak jumpa kakak, tak sabar nak pergi sana tapi makcik akan dapatkan keizinan suami terlebih dahulu untuk ke sana,” katanya ketika kepada MalaysiaGazette.

Menurut wanita berusia 62 tahun itu, selepas berita mengenai hasratnya bertemu Che Putih disiarkan MalaysiaGazette ada pihak tampil membantu termasuk seorang sahabat dan pegawai polis berpangkat Inspektor yang bernama Saiful Zulkifli.

“Makcik berberjaya menghubungi kakak makcik kini ada di Pulau Pinang hari ini, namun rasa sedih kerana kakak makcik sakit kanser tahap dua.

“Nama betul, kisah semua adik beradik semua tahu jadi terus dapat menghubungi, selama 47 tahun ini rupanya di kawasan itu sahaja.

“Seronok sangat nak jumpa kakak, tak sabar nak pergi sana tapi makcik akan dapatkan keizinan suami terlebih dahulu untuk ke sana,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tidak sabar mahu bertemu kakaknya, Batliyah mahu sesi pertemuan berlangsung secepat mungkin namun segalanya bergantung kepada keadaan berikutan aliran trafik yang sesak menjelang sambutan hari raya.

Difahamkan kakaknya itu tidak boleh berjalan kerana uzur dan sedang menanti kehadiran Batliyah yang kini tinggal bersama suami serta seorang anak di Felda Padang Piol, Jerantut Pahang.

“Terima kasih MalaysiaGazette kerana percayakan makcik, dan usaha sampai makcik jumpa kakak,” katanya.

Artikel berkaitan:

12 April lalu, MalaysiaGazette melaporakan kisah Batliyah mencari kakaknya dan sanggup memandu empat jam sejauh 179 kilometer untuk bertemu wartawan menceritakan hasrat dan usaha pencariannya.

Dia yang ketika itu dalam keadaan berduka meletakkan sepenuh harapan dapat bertemu kakak kesayangan semasa menceritakan kisahnya di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Laporan MalaysiaGazette itu kemudiannya tular menerusi Tiktok sehingga mendapat sebanyak 52,000 tontonan yang rata-rata mendoakan jejak kasih itu berhasil.

Kali terakhir Batliyah bertemu Che Putih ketika mereka sekeluarga tinggal di kuarters Balai Polis Penang Road.

Kakak yang disapa Kak Teh itu membawa diri kerana merajuk hati apabila arwah bapanya seorang sarjan polis tidak merestui hubungan cintanya dengan seorang lelaki yang kini menjadi suaminya. – MalaysiaGazette