Suhakam kata, keputusan kehakiman adalah bebas daripada sebarang campur tangan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyifatkan menerima rasuah sebagai tidak berperlembagaan.

Dalam kenyataan kepada media, hari ini, suruhanjaya itu turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan itu.

“Tindakan ini tidak berpelembagaan dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam Perlembagaan Negara sudah ada peruntukan khas mengenai kaedah mengendalikan sebarang tuduhan salah laku seseorang hakim.

“Apa motif SPRM melancarkan siasatan terhadap hakim yang pernah mengadili perbicaraan ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata Suhakam.

Suruhanjaya itu berpendapat, siasatan itu akan menjadi duluan negatif dan berbahaya, sekali gus boleh menjejaskan badan kehakiman negara.

Katanya, siasatan juga boleh membuka pintu kepada lebih banyak pertuduhan remeh dan menyusahkan, selain penyalahgunaan proses oleh agensi penguatkuasa terhadap badan kehakiman.

“Suhakam menyokong pandangan semua hakim mesti mempunyai ruang yang sesuai untuk melaksanakan tugas kehakiman mereka dengan cara yang jelas kepada semua.

“Keputusan kehakiman adalah bebas daripada sebarang campur tangan, beralasan dan jujur,” katanya.

Pada masa sama, Suhakam bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa demi memastikan integriti serta kebebasan badan kehakiman dilindungi.

Selain itu, pengasingan kuasa disokong bagi mengelakkan sebarang campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman pada bila-bila masa. – MalaysiaGazette