MGNews: PTPTN Bukan Sekadar Pemberi Pinjaman

PTPTN mengadakan Program Jelajah Simpan SSPN 2022 di Kubang Pasu, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, program berkenaan menggalakkan mereka menyimpan demi masa depan.

Ia bagi membolehkan masyarakat termasuklah golongan B40 menyimpan di dalam Simpan SSPN seterusnya menjadi dana kepada anak-anak belajar di menara gading.

Melalui simpanan itu pendeposit juga akan mendapat pelbagai keistimewaan seperti dividen yang kompetitif, geran sepadan, perlindungan takaful dan banyak lagi.