The Pakatan Harapan flag is seen in Melaka in conjunction with the upcoming Melaka State Election. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 08 NOVEMBER 2021
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa “apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan badan Kehakiman agak keterlaluan”.

Majlis Presiden dalam satu kenyataan mengingatkan Perkara 4.1 di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan PH menyatakan dengan jelas bahawa Kerajaan Persekutuan perlu “memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman”.

“Maka PH mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman.

“Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan Persekutuan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman.

“Amatlah jelas, badan kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara hukum dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat,” katanya kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kritikan terhadap badan kehakiman kebelakangan ini amat keterlaluan – Tengku Maimun