bully Langkawi Misunderstanding led a student being attacked by a group of students at a secondary school in Langkawi yesterday.
Misunderstanding led a student being attacked by a group of students at a secondary school in Langkawi yesterday. Perselisihan faham punca seorang pelajar dipukul serta dipijak beramai-ramai oleh pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah d Langkawii semalam.

LANGKAWI – Perselisihan faham punca seorang pelajar dipukul serta dipijak beramai-ramai oleh pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Kejadian itu terbongkar selepas satu rakaman video menunjukkan mangsa dipijak, tumbuk serta ditendang kira-kira 10 pelajar lain tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian itu berlaku semalam dan laporan berkaitannya dibuat oleh mangsa hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam di dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara pelajar terbabit manakala video berkaitan kejadian itu pula, dirakam salah seorang pelajar dalam kelas itu.

“Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha sebaik laporan polis dibuat dan pemeriksaan doktor mendapati tiada kecederaan fizikal setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Shariman, semua suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan sudah dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” ujar beliau.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 25 saat yang dikongsikan di grup Telegram Laporan Kemalangan, Bencana & Khidmat Masyarakat di Langkawi.

Video tersebut memaparkan tindakan sekumpulan pelajar mengepung seorang pelajar lain sebelum mereka bertindak menumbuk dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai.

Mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja oleh salah seorang pelajar terbabit. – MalaysiaGazette