Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid

PARIT BUNTAR – Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua mereka yang berumur lingkungan lima tahun hingga 40-an itu ditahan kira-kira enam batu nautika di perairan laut Kuala Kurau di antara 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Semua warga asing itu termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan lima lelaki Myanmar ditahan selepas bot yang dinaiki mereka tersangkut pada beting pasir Kalumpang di perairan berkenaan.

“Mereka yang ditahan itu membabitkan 66 lelaki dan 59 wanita serta kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing sembilan orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mereka datang dari Myanmar dan berada di perairan itu setelah bot dinaiki tersangkut pada beting pasir.

Katanya semasa pemeriksaan, seramai 87 orang berada di atas bot manakala yang lain bertindak melarikan diri dengan berenang ke daratan sebelum ditahan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pelarian yang ke negara-negara ada timbang rasa peri kemanusiaan seperti indon Aceh dan Thailand datang pula ke pangkuan politikus Pak Pandir diketahui sejarahnya menang sorak kampung tergadai kemaruk undi migran timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris, tetapi majority undi migran timah dan getah menduduki Singapore, Penang, dan tanah rizab Melayu kini tinggal 12% berbanding tanah Palestine tinggal 30% setelah diduduki oleh migran Yahudi. Belum kedengaran pelarian yang ke India kebas tanah Kashmiri dan China kebas tanah Uyghur datang ke pangkuan politikus Pak Pandir tanah sekangkang kera yang masih enggan mencontohi political economy tanah kecil Qatar, UAE, dan Kuwait memperkayakan pribumi melalui cukai majority migran.

Comments are closed.