Kementerian Pengajian Tinggi. foto FAREEZ FADZIL, 04 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini tidak dibenarkan untuk menaikkan yuran pengajian di insititusi masing-masing.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Awam (UA), ketika ini kerajaan masih menanggung sepenuhnya kos operasi dan sumber kewangan Universiti Awam (UA).

“UA masih mempu melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan pendidikan kepada warganegara menggunakan sumber kewangan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, KPT menetapkan moratorium ke atas kenaikan yuran sejak semester kedua sesi akademik 2019/2020 berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Ia dilakukan atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan rakyat khususnya para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya ketika negara baru sahaja memasuki fasa peralihan ke endemik,” ujarnya. – MalaysiaGazette