KUALA LUMPUR – Kemeriahan hari raya sinonim dengan kanak-kanak.

Bagi mereka selain bercuti, hari raya merupakan masa bergembira berjumpa rakan-rakan dan mendapat duit raya.

Atas inisiatif yang sama, Surau Nur Iman di Taman Kencana di sini meneruskan tradisinya memberi duit raya kepada kanak-kanak di taman perumahannya kelmarin.

Muhammad Rayyan Iman menunjukkan duit raya yang diterima diSurau Nur Iman, Taman Kencana, Kuala Lumpur kelmarin.

Majlis itu disertai kira-kira 70 kanak-kanak dan wang sumbangan daripada ahli jemaah surau bagi memeriahkan suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis yang diadakan selepas solat Isyak, tarawih dan tahlil itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah, Ir. Izham Hashim.

Salah seorang kanak-kanak menunjukkan duit raya yang diterima diSurau Nur Iman, Taman Kencana, Kuala Lumpur kelmarin.

Pengerusi surau, Suhaimi Mat Arshad berkata, inisiatif bagi menggalakkan generasi muda mendekati masjid terutama bulan Ramadan.

“Kita tidak tunggu hari raya, malam minggu terakhir Ramadan kali ini, kami mengumpul sumbangan jemaah dan memberikan duit raya kepada kanak-kanak di Taman Kencana.

“Selain memeriahkan hari raya mereka, sumbangan duit raya diberi sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya,” katanya.- MalaysiaGazette