Pemilik jenama barangan kulit, Bonia menerima kecaman daripada warganet apabila dikatakan hanya mengambil pekerja daripada kaum tertentu sahaja.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemilik jenama barangan kulit, Bonia menerima kecaman daripada warganet apabila dikatakan hanya mengambil pekerja daripada kaum tertentu sahaja.

Ia susulan sebuah video tular yang dirakam oleh salah seorang kakitangan syarikat itu yang berniat untuk menunjukkan layanan baik yang diberikan kepada setiap pekerja.

Berdasarkan video yang dimuat naik pemilik akaun Tik Tok Amanda Chen 001 yang juga dipercayai pekerja Bonia, syarikat berkenaan menyediakan persekitaran tempat kerja yang selesa dan kondusif yang sering menjadi idaman setiap pekerja.

 

Syarikat itu juga dikatakan menghargai setiap pekerja dengan memberikan hadiah setiap kali hari istimewa seperti sambutan Hari Ibu, ais krim percuma dan makan tengahari percuma setiap bulan.

Bagaimanapun, warganet dapat melihat sisi lain syarikat berkenaan melalui video itu.

Menurut mereka, Bonia Corporation Bhd. tidak mengamalkan diversiti dalam pengambilan pekerja.

Ini dapat disaksikan menerusi video berkenaan yang mana kesemua pekerja terdiri daripada kaum Cina sahaja.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun Rakyat Menilai berkata, terdapat lebih 60 peratus Melayu di Malaysia, tidak mungkinlah tiada seorang Melayu pun boleh diambil bekerja di ibu pejabat Bonia.

Selain itu, ramai pengguna Twitter yang mengajak pengguna untuk memboikot jenama berkenaan.

 

Bagaimanapun, Bonia dalam satu kenyataan memaklumkan, video berkenaan tidak menggambarkan keseluruhan syarikat.

Syarikat terkenal itu katanya, mempunyai ahli lembaga pengarah, pasukan pengurusan, pekerja pejabat dan petugas barisan hadapan daripada pelbagai latar belakang.

Tegasnya, syarikat memberi jaminan mereka sangat aktif memupuk semangat kepelbagai kaum dalam dasar pengambilan pekerja secara dalaman dan protokol dalam memberi latihan.

Tambah Bonia, kepelbagaian kaum di tempat kerja adalah elemen yang sangat penting bukan sahaja kepada perkembangan kerjaya individu tetapi juga kepada syarikat yang mana mereka berhasrat untuk menjadi sebuah jenama yang progresif.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. The more we talk about this, the worst it’s going to be. It seems OK for a 60% to occupy 95% of the civil service and not vice versa. Anyway I am just one of the 6% of bloody Indian who can fit nowhere and sick of the standard reply by the so called management.

  2. The significant majority in the civil service gets asnaf salary in contrastt to much higher income of the expats of tin and rubber occupying business and land of the majority pribumi.

Comments are closed.