Kesesakan sejauh lebih empat kilometer menghala ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) itu sejak pukul 2 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Selagi mana Hari Raya Aidilfitri tidak diumumkan, selagi itulah orang ramai akan terus berpusu-pusu melakukan perjalanan pulang ke kampung masing-masing meskipun terpaksa meredah kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya.

Tinjauan MalaysiaGazette sekitar Plaza Tol Gombak hari ini mendapati kesesakan sejauh lebih empat kilometer menghala ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) itu sejak pukul 2 petang tadi.

Kesesakan dipercayai berlanjutan sejak beberapa hari lalu dan dengan jumlah kenderaan yang banyak menyebabkan pergerakan lalu lintas perlahan sehingga 39 minit dikesan di kawasan Lentang, Bentong, Pahang ketika ini.

Tinjauan juga mendapati, selain Plaza Tol Gombak, orang ramai kelihatan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gombak untuk menuju ke Pantai Timur bagi mengelak kesesakan lalu lintas di LPT ketika ini.

Bagaimanapun aliran trafik menghala ke ibu negara lancar dan jumlah kenderaan yang memasuki pusat bandar tidak banyak seperti mana menghala ke Pantai Timur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast