Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. AP approved permit food foodstuffs
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Cuti ganti Hari Pekerja secara automatik dibawa kepada Hari Rabu ini (4 Mei 2022) ekoran pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai sambutan hari raya jatuh hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berkata, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

“Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad (1 Mei 2022) yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, ia adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti umum.

Sebelum ini, cuti gantian Hari Pekerja adalah pada 2 Mei namun pengumuman rasmi Majlis Raja-Raja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah pada hari tersebut bermakna ia dianjakkan dengan kekal Rabu sebagai cuti umum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast