Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 1,352 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,450,859 kes.

Portal Covid-19 kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sejumlah 1,348 kes merupakan jangkitan tempatan manakala empat lagi kes adalah kes import.

Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 680 kes, Kuala Lumpur (166 kes), Pulau Pinang (103 kes), Melaka (92 kes), Johor (74 kes), Perak (73 kes), Negeri Sembilan (42 kes) dan Sarawak (35 kes).

Manakala Kedah (17 kes), Kelantan (15 kes), Sabah (14 kes), Terengganu (14 kes), Putrajaya (14 kes), Pahang (11 kes), Perlis dan Labuan masing-masing satu kes.

Laman sesawang itu turut melaporkan sebanyak lima kes kematian Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,555 kes.

Satu daripada kes tersebut meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID berjumlah 7,523 kes.

Sementara itu jumlah mereka yang pulih terus mengatasi jangkitan baharu dengan 6,074 pesakit pulih pada hari Isnin.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemulihan di Malaysia kepada 4,378,864 sejak wabak itu bermula.

Portal itu juga melaporkan bahawa terdapat 36,440 kes aktif di negara ini, dengan 35,439, atau 97.3%, mematuhi kuarantin di rumah dan lima individu dimasukkan ke pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah.

Portal CovidNow melaporkan bahawa 996 pesakit atau 2.73% daripada jumlah keseluruhan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara berjumlah 66 orang dengan 44 daripada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan ICU di seluruh negara berada pada 50.2%, dengan empat negeri atau lokaliti merekodkan kadar penggunaan ICU melebihi 60%.

Kedah mempunyai kadar penggunaan ICU tertinggi iaitu 74%, diikuti Kuala Lumpur (72.2%), Johor (62.3%) dan Kelantan (62%). – MalaysiaGazette