Covid-19 deaths death toll body
Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Hanya dua kes kematian direkodkan akibat Covid-19 semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kepada 35,569.

Kes jangkitan baharu yang dicatatkan dalam tempoh sama ialah 1,278 termasuk tiga kes import.

Data laman sesawang COVIDNOW menunjukkan sebanyak 964 kes atau 3.5% dirawat di hospital termasuk 66 ditempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 36 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga lewat malam tadi, Malaysia merekodkan sejumlah 4,417,096 kes Covid-19 setakat ini.

Kes sembuh pula sebanyak 4,391,090 termasuk 2,599 semalam. – MalaysiaGazette