Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Kampung Raja, Sungai Semantan, Temerloh ditutup hari ini berikutan penemuan mayat mangsa pagi tadi.

KUANTAN – Polis meminta orang awam untuk tampil memberi maklumat berhubung insiden seorang lelaki yang dipercayai terjun jambatan Kg. Raja, Sungai Semantan di Temerloh dalam kejadian 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut berdasarkan penemuan sebuah motosikal, dompet dan maklumat pengenalan diri mangsa di lokasi kejadian.

“Orang ramai dan saksi yang mempunyai maklumat segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Temerloh untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Keluarga mangsa memaklumkan mangsa ada menerima rawatan psikiatri sehari sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Temerloh ke lokasi kejadian untuk melakukan aktiviti pencarian.

“Operasi akan diteruskan pada hari Isnin bagi mengesan mangsa yang berusia 30-an itu,” katanya. – MalaysiaGazette