Orang ramai berkumpul di luar pusat mengundi yang dibuka pada jam 6 pagi. Foto: CNA

MANILA – Kira-kira 65.7 rakyat Filipina yang berdaftar di dalam negara dan 1.69 lagi yang berada di luar negara akan mengundi memilih presiden hari ini.

Sebanyak 37,211 pusat mengundi di seluruh negara dibuka pada 6 pagi hingga 7 malam.

Pengundi juga akan memilih ialah naib presiden, 12 senator, lebih 300 ahli Dewan Rakyat, dan lebih 17,000 pegawai tempatan.

Pendahulu calon presiden dan bekas Senator Ferdinand Marcos Jr., 64, yang merupakan anak kepada bekas Presiden Ferdinand Marcos, akan membuang undi di kampung halamannya di wilayah Ilocos Norte, utara pulau utama Luzon.

Saingan utamanya yang juga penyandang Naib Presiden Maria Leonor Robredo, 57, akan membuang undi di kampung halamannya di bandar Naga wilayah Bocol, selatan pulau Luzon. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast