Home Nasional Lelaki lompat dari lori kontena didapati tak waras

Lelaki lompat dari lori kontena didapati tak waras

KUANTAN – Video seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental terjun daripada lori kontena di sebuah stesen minyak di Lanchang, Temerloh semalam dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komsioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata,  individu di belakang kenderaan kontena tersebut merakam kejadian tersebut dan tular menerusi Whatsapp sejak semalam.

Berdasarkan maklumat awal, polis mendapati mendapati mangsa berusia 29 tahun dipercayai tidak waras itu memanjat belakang lori kontena daripada stesen minyak BHP di pekan Lanchang.

“Kemudian apabila tiba di jalan Kampung Dala, mangsa bertindak terjun daripada belakang kontena dan pihak polis dimaklumkan insiden tesebut pada pukul 4.10 petang.

“Anggota Balai Polis Lanchang tiba di lokasi pukul 4.20 petang dan memberi bantuan dengan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan memandangkan ketiadaan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Azhar, tindakan mangsa memanjat dan kemudian terjatuh tidak disedari oleh pemandu lori sehinggalah pemandu itu berada di Seremban setelah video tersebut tular.

Difahamkan pemandu kontena tersebut tampil ke Balai Polis Trafik Temerloh membuat lopran polis berhubung kejadian tersebut pada petang ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, semasa mangsa di bawa di Klinik Kesihatan Lanchang dan perlu dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) untuk rawatan susulan tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Keluarga mangsa turut hadir di Klinik Lanchang memujuk mangsa untuk rawatan lanjut di HOSHAS namun tidak berjaya.

“Kemudian keluarga menandatangani surat pelepasan dari Klinik Kesihatan Lanchang dan kemudian dibawa balik oleh ahli keluarga mangsa ke rumah,” katanya.

Susulan itu, Azhar memohon individu yang merakam video tersebut untuk tampil membantu pihak polis dalam siasatan kes bekenaan.

Kes disiasat di bawah  Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran kepada orang awam. – MalaysiaGazette