repatriation mission malaysians New Delhi Mumbai India Covid-19
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas kemudahan pengepaman air di Sinai, Mesir pada Sabtu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.

“Malaysia berharap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu akan diheret ke muka pengadilan,” menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada kerajaan dan rakyat Mesir, khususnya kepada waris mangsa.

Malaysia turut menolak sekeras-kerasnya semua bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 11 tentera termasuk seorang pegawai terbunuh selepas militan menyerang kemudahan itu yang terletak di Semenanjung Sinai.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast