Wanja Ronald Ngah. Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Penolong jurulatih Kedah Darul Aman FC, Victor Andrag menyifatkan pasukan kali ini tidak mempunyai karakter sebenar di atas padang menyebabkan mereka sukar memperoleh kemenangan.

Selepas dua kali tewas dan seri 3-3 dengan PJ City semalam, Kedah katanya perlu segera mencari solusi terbaik untuk kembali bangkit dalam aksi seterusnya.

“Setiap perlawanan kita buat analisis, tapi benda sama juga berulang kali berlaku lagi.

“Kami sebagai jurulatih mahu pemain-pemain mempunyai karakter sebenar untuk mereka berusaha sehingga wisel penamat.

“Kita rasa kita bukan beraksi seperti pasukan yang sebenar dalam tiga, empat perlawanan sebelum ini dan kita bermula baik di pra musim.

“Kita perlu dapatkan balik karakter yang sebenar untuk bangkit dan tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, pasukan kena hadapinya juga,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast