Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Peperiksaan Semesta 3 Sijil Tinggi Pelajaram Malaysia (STPM) 2021 dan Ulangan Semesta 2 STPM 2021 dipinda ke tarikh baharu.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan, tarikh baharu itu ialah peperiksaan Semesta 3 STPM 2021 diadakan pada 25, 26 Mei dan 13, 14 serta 15 Jun ini, manakala Ulangan Semesta 2 STPM 2021 pada 16, 20, 21 dan 22 Jun ini.

Tarikh asal bagi peperiksaan Semesta 3 STPM 2021 ialah 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022, manakala Ulangan Semesta 2 STPM 2021 pada 13, 14, 15 dan 16 Jun 2022.

Menurut kenyataan itu, kalendar peperiksaan STPM Kohort 2021, jadual waktu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan jadual waktu peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lalu boleh dimuat turun melalui portal MPM di www.mpm.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel [email protected] atau telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast