Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Beberapa negeri termasuk di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 10 pagi.

Menerusi Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sambil memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Manakala, Kedah melibatkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar dan Muallim), Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast