KUALA LUMPUR – Pakar undang-undang, Prof Datuk Salleh Buang hari ini meninggal dunia, menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

“Dukacita dimaklumkan Dato’ Prof Salleh Buang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. amen ya rabb.

“Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama insan yang beriman dan bertaqwa,” katanya dalam laman Facebook persatuan itu.

Katanya, Allahyarham telah banyak berjasa kepada semua termasuk Pegawai Syariah dan Peguam Syarie. – MalaysiaGazette