vaksin dos penggalak
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Nilai kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 terus melonjak hingga mencecah 1.05 semalam selepas merekodkan RT 0.90 sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Putrajaya iaitu 1.11.

Kesemua negeri lain mencatatkan RT kurang daripada 1.0 seperti Pulau Pinang (0.91), Melaka (0.90), Negeri Sembilan (0.81), Kedah dan Pahang masing-masing dengan nilai RT 0.82.

Kuala Lumpur dan Kelantan pula mencatatkan nilai RT 0.85, disusuli Perak (0.80), Johor dan Sabah (0.79).

Selain itu, Terengganu merekodkan nilai RT 0.76, Sarawak (0.71) dan Selangor (0.63), kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette