Kapten Gopal Krishna Panda (kiri), yang maut dalam nahas helikopter di di Lapangan Terbang Swami Vivekananda di Raipur, pada Khamis, 12 Mei 2022. Foto PTI

NEW DELHI – Sebuah helikopter Kerajaan Chhattisgarh terhempas di lapangan terbang Raipur malam tadi, mengorbankan dua juruterbang.

Insiden itu berlaku semasa latihan terbang di Lapangan Terbang Swami Vivekananda di Raipur sekitar jam 9.10 malam, kata polis.

Dua juruterbang yang cedera parah dalam nahas itu segera dibawa ke hospital swasta tetapi disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Kapten Gopal Krishna Panda dan Kapten A.P. Shrivastava.

Punca nahas belum diketahui.

Difahamkan ketika kejadian pesawat tidak membawa penumpang dan sedang menjalani latihan penerbangan malam. – The Hindu (https://www.thehindu.com/news/national/two-pilots-killed-as-chhattisgarh-govt-chopper-crashes-at-raipur-airport/article65408713.ece)