Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak 'PICKids' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di PWTC (World Trade Centre) Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 20 FEBRUARI 2022. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,019,609 atau 28.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3 peratus) telah menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3 peratus) golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,970,710 (97.6 peratus) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah. – MalaysiaGazette